Wednesday, August 05, 2009

hahaha - it has been many many years since the last time I went into this blog

Gosh it has been years and I've nearly fogotten that I do have a blog

Saturday, August 13, 2005

part 2

then there was my teenage life-

aku pasti semua orang akan ingat zaman teenage dia orang- teruatamanya aku, kalau boleh nak aku pusing balik and pada masa nie lah aku jumpa seseorang yang aku takkan boleh lupakan sampai sekarang nie aku menyesal sebab tak pernah ambil serious about her, well people do say that you only appreciate someone when she is no longer yours, walau apapun just forget it sebab aku sure dia tengah happy dengan family dia dan aku happy dengan family aku sekarang nie.

13' aku guess my teenage life starts from here-form 1, aku kat satu sekolak nie,semua lelaki, most probably because of my caracter aku tak banyak kawan kat sekolah.tak banyak benda yang aku nak cerita sebat till 16 aku tak banyak sangat evolve, start from 16 lifde aku starts to get excited.

Tuesday, June 07, 2005

32 years of my life part 1

well

its has been quite a while since my last post- nothing much to say actually except that i'm getting fatter.

Since the last time I wrote in this blog 3 important date has gone by

11 Apr- Odah's birthday- we didn't celebrate much actually- I just bought a small cheese cake and celebrate it among the 3 of us- ina-my wife,odah and me. Gosh my daughter is now a year old, rasa baru jee aku qamatkan dia kat hospital.
16 Apr - my wife birthday-we did not celebrate it
19 may - my birthday- also we did not celebrate it

just wonder why some people celebrate so much about their birthday, well it is just the date that you are born nothing much actually.To be frank our birthday should be a sad day- yeah our time are coming nearer and nearer, mana tau esok kita akan kena panggil mengadap dia.

OK, dalam 32 tahun hidup aku, apa yang dah aku buat- actually aku dah rasa puas dengan apa yang aku alami, there is no regret to what i have done-terlampau banyak pengalaman yang telah aku lalui dan sekarang biarlah ianya jadi kenangan jee.

dari seorang budak kampung yang tak tahu apa apa aku rasa diri aku dah berevolusi secukupnya. biarlah evolusi itu slow buat masa ini sebab aku pun dah tua and enjoying my life with my family.

Ramai orang takkan percaya aku start merokok dari 13 tahun dan start tinggal sendiri dari umur 16 tahun tapi itulah aku.

Zaman kanak kanak aku banyak dihabiskan kat kawasan lombong, yelah lombong kat belakang rumah aku- dari zaman belum sekolah aku dah start terjun lombong -boleng.
cuba ko orang bayangkan selamba jee ambil batang pokok pisang seberang lombong tu, kalaulah tenggelam, aruahlah aku.

Kg Manjoi- nama tempat aku tinggal masa nie,oklah sebab aku masa nie budak kecil apa yang aku tahu kecuali nak seronok jee, yang aku tahu bangun terjun lombong, tapi kena pandai sorok sorok sebab kalau mak aku tau lebam badan kena piat. besides terjun lombong banyak lagi aktiviti tapi as budak kampung apa lagi yang kita orang biasa main takkan expect nak main playstation kut, masa tu benda tu pun tak ujud lagi.komputer zaman tu pun aku tak pernah tengok lagi.

among the things that i would never forget- rasanya masa tu umur aku 9 tahun
satu hari tu aku spt biasa nak ke lombong- tapi pelik pulak sebab ramai orang tengahhari tu- oo rupanya ada orang mati so aku upon curiosity pun tunggulah, lama tu tunggu entah dah berapa orang terjun lombong tu masih tak jumpa mayat lagi sampailah waktu petang aku nampak ada satu van sampai, huishhh ada mamat nie pakai baju macam otroman tapi warna hitam, dia pulak lepas tu pakai satu tong kat belakang badan dia yang masa tu mati mati aku ingatkan tong gas- dia masuk dalam air, saat yang aku paling tak boleh lupa tu masa dia dukung mayat tu naik ke gigi air, nampak sebijik macam otroman so start hari tu aku buat azam aku akan jadi macam dia.

Then zaman teenager aku-

Sunday, April 10, 2005

Jurnal Perhentian 2 apr-5 apr 2005

artikel nie aku ambil dari member aku punya yang dia hantar kemajalah tempat dia kerja, ada juga bahagian yang aku edit ceritakan tentang diri aku (italic) itu sebab ada bahasa yang pelik sikit.


1 Apr 2005 Jam 9 Malam

Seperti yang dijanjikan bas Mutiara Express tiba tepat di hadapan pintu masuk Freescale,
Bas bertolak jam 9.30 malam melalui laluan Kuala Lipis – Gua Musang. Sepanjang perjalanan hati masing masing berdoa agar laut tenang sepanjang trip di sana dan tidak berlaku sebarang bencana seperti Tsunami disamping telinga menahan celoteh Bob yang menganggu orang lain sedang tidur.si bob nie tak boleh tidur so sorang demi sorang dikacaunya dahlah suara macam guruh


2 Apr 2005

Tiba di Jetty Besut sebelum Azan subuh, sembahyang berjemaah di surau dan sarapan pagi selepasnya sebelum boat bertolak menuju ke Pulau Perhentian pada jam 8.30 pagi.

Tiba di Suria Perhentian Resort Pulau Perhentian Kecil jam 10.00 pagi, lantas mengemaskan barang ditempat tinggal, meyalin pakaian dan turun menikmati suasana pantai manakala mereka yang akan turun selam scuba pada petangnya mula mengeluarkan peralatan masing masing untuk dibawa ke “dive center”- Jedd Divers.

Pada petangnya mula bertolak menaiki bot menuju ke tempat selaman yang pertama- Romantik Beach- kami memilih tempat ini sebagai diving spot yang pertama untuk orientation dive kami untuk menguji “weight” dan “buoyancy” yang sesuai kerana ada diantara kami yang sudah lama tidak turun menyelam.nasib baik ada oriantation dive sebab Cowboy dan Saban tak boleh nak decend, weight tak cukup, agak lama juga kita orang kneel down dalam air tunggu dia orang turun, aku nie yang jenis tak suka duduk diam apa lagi helicopterlah dalam air keliling orang yang kneel down.

Dengan kedalaman 10 meter, Romantic Beach adalah tempat yang sesuai untuk “Orientation Dive kami” dimana kami turun selama 60 minit. Visiblility adalah sederhana dan kadang kala kurang baik disebabkan oleh hujan yang turun pada semalamnya. kat tempat nie kita orang tak sedarpun masa kita orang naik keatas, sedar sedar belakang dah panas walaupun perut masih cecah coral.

Pada masa yang sama “Open water students” mengadakan practical class mereka yang pertama di laut.

Sambil menikmati makan malam, kami berkumpul dan berbincang mengenai selaman kami pada petangnya dan pengalaman masing masing dan apa yang kami jumpai di dalam laut.-actually adalah lebik kepada sessi mengutuk


Malamnya masing masing lena tidur bertemankan muzik dengkuran akibat terlalu letih perjalanan jauh dan aktiviti pada siang harinya.


3 Apr 2005
Destinasi selaman pada pagi ini agak dalam sedikit iaitu Panglima Abu, tempat ini terkenal dengan batu batu karang yang besar dan ikan napoleon wrasse, dengan kedalaman purata 12 meter dan maksima sedalam 18 meter, penglihatan adalah lebih baik dari romantic beach semalam tetapi arus agak kuat dipertengahan selaman menyebabkan “novice diver” terpaksa berpaut pada batu batu untuk mengelakkan hanyut.
Pada petangnya untuk selaman yang ketiga, kami bertolak menuju ke Sea Bell iaitu tempat selaman yang paling hampir pada resort tempat kami menginap. Sea Bell sebenarnya adalah tempat cetek di tengah laluan bot. Jadi di situ dibina rumah api sebagai panduan kepad bot-bot nelayan dan pelancung Dengan kedalaman purata 15 meter terdapat banyak hidupan laut disini seperti pipefish, moray eel, filament devilfish, scorpion fish, stonefish, razorfish, flounder, flathead, nudibranch, barracuda, blue spotted stingray dan bamboo shark. Tempat ini juga dipenuhi oleh hard corals.
Pada waktu malamnya sementara para open water student sibuk dikelas jadual selaman mereka, kami telah pergi ke Long Beach untuk melihat suasana sebelah atas pulau.

4 Apr 2005
Niat kami untuk membuat dawn dive terbantut oleh hujan yang lebat, begitu juga pada tengah hari dan petangnya, akibat hujan lebat pada paginya laut bergelora hingga membahayakan aktiviti selam scuba, aktiviti ini diganti dengan menaiki bot keliling pulau untuk snorkeling, malangnya semua tempat yang menarik, lautnya terlalu bergelora menyebabkan kami pergi ke tempat yang kurang popular seperti Teluk Kekek.
Malamnya kami meraikan student yang telah melepasi ujian “open water mereka”

5 Apr 2005.
Hari terakhir kami dipulau, mengikut jadual kami tiada sebarang aktiviti selam scuba pada hari ini, tapi demi membalas dendam kerana tak turun semalam, seawal 6.30 pagi kami telah bersiap menuju ke tempat selaman, disebabkan tengahhari ini kami akan bertolak balik,aku decide tak nak pakai wet suit sebab wet suit basah amatlah beratnya, turun dengan tight dan t shirt jee- ini tidak digalakkan kerana takut terdapat termocline dan beberapa hidupan laut yang berbahaya seperti lion fish, sea urchin dsb- seorang penyelam haruslah mempunyai “buoyancy” yang baik jika tidak mahu memakai wet suit.
Destinasi selaman kami yang terakhir sepatutnya adalah terumbu tiga, ianya boleh dikatakan tempat selaman yang tercantik di Pulau Perhentian dengan soft coralnya tetapi malang lagi bagi kami, laut terlalu bergelora menyebabkan kami berpatah balik menuju ke Batu Layar.
Disini kami terpaksa menyelam rendah disebabkan jarak penglihatan yang agak tidak bagus, walaubagaimanapun secara amnya sepanjang 4 selaman yang telah kami buat, disinilah paling banyak hidupan laut dan karang karang yang kami temui, terubat juga kekecewaan kami tidak turun di Terumbu Tiga. Diantara yang kami jumpa jerung black tip, blue spotted rays dan juga berbagai karangan laut.
Jarak penglihatan yang kurang baik menyebabkan kami terpisah dengan divemaster diakhir selaman.
Kami bertolak menuju ke tanah besar jam 12.30 tengah hari menaiki bum boat dan bas sudah sedia menunggu kami di Jetty Besut.
Perjalanan pulang kami didalam bas sekali lagi diiringi bunyi dengkuran yang kadang kala melebihi bunyi enjin bas.
Disini kami ingin mengambil kesempatan merayu rakan sekalian agar memelihara alam sekitar agar generasi seterusnya dapat menikmati apa yang kami rasai. Setiap kali kami pergi ke pulau pulau di Malaysia pasti kami dapati keadaannya semakin terjejas berbanding trip sebelumnya, Semakin kurang hidupan laut dan batu karang semakin banyak yang rosak, cuaca semakin tidak menentu juga semakin merunsingkan kami, sepatutnya April adalah masa dimana laut tenang tetapi ianya bergelora semasa trip kami kali ini.

Image hosted by Photobucket.com

Monday, March 07, 2005

myself

Log into a website and well- this is what it said about me- not sure whether its true or not

Rain
Your element is Rain: Sad, lonely, distant and
unique. You are quite distant from emotion and
people, but you have been made this way by one
thing or another. You are truly unique yet fail
to see it, and are quite creative be it in art,
music, writing, ect.. You used to let people in
now you don't even bother to try having been
hurt so many times in the past. Your attitude
is that you don't need anyone but yourself,
people are just trouble waiting to happen. But
you really do want to trust someone no matter
if you see it or not, deep down your waiting
for someone to come and set you free. This kind
of depression can turn dangerous, don't let
them get to you. Not everyone in the world will
hurt you, humans are humans and are not
perfect. So most likely sooner or later you'll
meet someone who feels like you do and perhaps
your shell will eventually disappear.


anyway thanks to harnie for the website

Thursday, March 03, 2005

entahlah

Assalammualaikum

blank- that is all wats in my head now- slept the whole day and up till now since my wife woke me up at 9pm (hey got to go to work)- feel dizzy and like there is something in my stomach and just not like myself- feel just like i'm on weed or something.

got my EA form last week- wonder where all the money gone, well let see my major expenditure last year, nothing much actually, still wonder where the hell has all the money gone.

one of my close friend read my blog yesterday and she's asking why i'm not telling more about myself and there is no picture of me-

well how do i wanna start to tell about myself-

an ugly looking guy (the reasons why i dun wanna post any of my picture). I'm dark, short, bald and fat so just imagine a black benny hill and u can guess how do i look like.


Gosh- my head is killing me, guess i've to go, can't think of anything else.

Saturday, February 26, 2005

Wan Badrul Hisham bin Wan Othman (1973-2005)

Semalam dalam jam 11.15 malam tetiba aku punya handphone berbunyi- shit sure ada staff aku yang mintak emergency leave punya, sebab kebiasaannya dia orang akan selamba jeee hantar message nak cuti kat aku-bila soal, credit tinggal sikit, yang aku peliknya time bergayut dengan pak we ada pulak credit,lantaklah HR yang lembut sangat- as long as the person contacted you in whatever means, you cannot take action on her- hahahaha, kalau company bapak aku dah lama aku buang orang orang yang macam nie, nasib baiklah bapak aku tak ada company, kalau tak lingkup aku kerjakan.

Tapi bila aku baca SMS yang dihantar, mengucap panjang aku sebab bertulis "ini nak bagi tahu Bad dah meninggal-innnalillahhiwainnalillaihirojiun.

Well biar aku terangkan tentang bad nie,antara kawan aku yang paling loaded tapi paling grunge, dia selamba jee akan pakai apa dia nak tak pedulikan apa orang lain kata,berat way above 100KG, sayangnya dia nie hidap asma yang maha teruk- masa tinggal dengan aku pun dah dua kali jumpa dia pengsan dalam bilik air- dah banyak kali aku nasihatkan dia supaya jaga badan dan pantang makan tapi perangai dia 2x5 jugak dengan aku -degil tahap yang amat kronik sangat.

Memula aku kenal bad nie tahun 1997, masa tu kat rumah bujang aku di Jalan Ferum, si bulat sound ada member dia nak tinggal sekali dengan kita orang, dia nie baru balik dari salford uk dan akan kerja kat proton, aku kata oklah janji jangan tangan panjang cukup,kalau kaki perempuan jangan bawak balik rumah takut nanti awek tu terpikat pulak kat aku, kalau kaki ponggong cakap awak awal aku nak tempah cawat besi,kalau kaki grass/weed jangan lupa pelawa aku- itu jee syaratnya, tapi bulat cakap mamat nie budak baik.

first impression aku tengok bad- mak aii badan berbulu tapi kepala botak, pakai cermin mata tahun 70an- ingatkan aku pada "the animal" ahli gusti masa aku kekecik dulu, laa nerd rupanya mamat nie, anyway oklah.knowing him is a very nice and unforgetful experience- banyak juga masa aku spend dengan dia, pergi taman negara, tengok konsert dari sehaprak haprak kat fun fair dan segrand grand kat dewan philharmonik, masa aku mengganggur dulu banyak jasa mamat nie kat aku.

Then kita orang pindah ke jalan paladium, dan masa nie bad dah kerja kat shell, tapi 3 bulan dia duduk malaysia 3 bulan kat melbourne,walaupun kita orang tak suruh dia bayar sewa masa dia tak ada tapi dia still bayar jugak, banyak t shirt dia kasi yang aku masih pakai lagi.

Straight selepas terima message tu aku terus call cuping (ex-housemate aku yang hantar message tu) tanya bad meninggal kat mana kar rumah dia ataupun kat terengganu dia cakap yang si aruah nie ninggal kat rumah dia kat taman putra mahkota, dan kalau nak pergi tengok dia akan tunggu aku kat tol sungai besi.maka pergilah aku melawat kawan aku nie buat kali terakhirnya.

So sampai disana, jenazah dah tak ada disana sebab kena hantar hospital kajang but manage to see few person yang ada depan rumah dia which is his neighbour- ceritanya bad nie tak datang kerja hari tu and banyak orang call dia tapi tak berjawab so upon curiosity ada sorang member dia nie pecahkan rumah dia lepas isyak dan jumpa dah meninggal dalam bilik mandi, expect dah meninggal sejak pagi tadi. Apa yang amat aku bimbangkan dahpun terjadi, aku amat risau kalau member aku nie tinggal sorang sorang sebab dia boleh kena attack asma bila bila masa jee, macammanapun dah ajal dia macam nie.

Later we went to hospital kajang-pergi rumah mayat,entah orang kata seram ada kat rumah mayat aku biasa jee, jumpa bad punya abang and dia cakap jenazah kena simpan kat situ malam tu sebab esok mungkin kena post mortem, dalam hati aku harap supaya tak payah buat post mortem siksa mayat jee, dah tau mamat nie ada history of severe astma buat apa nak post mortem lagi, tapi mungkin untuk insuran kut (dalam pada tu jahat juga aku pikirkan apa yang ditinggalkan oleh dia- life insurance ada 3-mungkin dia dah tahu dia mati awal kut- salah aku jugak sebab masa tu lebih kurang 3 tahun lepas ada sepupu dia tak silap aku dia masuk ICU sebab asma jugak, aku sound kat dia- "bad aku rasa ko nie mati cepatlah sebab famili ko semuanya asma taraf maut punya", terus dia beli satu lagi life insurance melengkapkan 3 life insurance dia, lepas tu dia tinggalkan rumah yang masih baru dan cantik, akun pun tak tahu berapa market value dia.

Sumpah kalau aku tahu dia meninggal semalam aku takkan cakap ayat macam tu kat dia.

Actually masa aku sampai tu jenazah masih lagi dalam lori polis, so abang polisi tu mintak kita orang tolong angkat sebab badan si aruah nie memang besar- so angkatlah kita orang beramai ramai, aku pegang bahagian kepala- rasa sejuk mayat nie semacamlah,entah tak rasa seram tapi rasa sedih tahap yang maha pilu, yelah member dulu selalu kena kutuk dan mengutuk kita, rapar giler tetiba mayat dia kat tangan kita, masa nak tolak mayat tu kedalam bilik macam peti sejuk tu lagilah sedih, yelah ini adalah kali terakhir aku akan melihat kawan aku nie.

suasana kat bilik mayat tu mengingatkan aku pada 10 tahun lepas yang mana depan bilik mayat tu aku sesorang dengan jenazah aruah abah aku tunggu kereta jenazah datang jam 10 malam.

Apapun life must go on for me, cuma risau juga, dia punya giliran dah sampai aku punya giliran bila lagi, kalau nak ikutkan lifestyle aku dengan bad sama jee, tak pernah pantang dalam apa apa, walaupun badan sakit, tibai jee apa yang nak, janji hati puas.

So dalam masa 6 bulan nie jee 2 orang member baik aku meninggal dunia, sebelum nie, member aku dari kecik dulu- nan ninggal mengejut, doktor cakap dia punya jantung collapse sebab hisap rokok banyak sangat, kena sebijik dengan aku- entah bila nak berenti merokok, dapat kurangkan pun jadilah ini tak makin banyak aku tengok.

oklah
moga jumpa lagi