Saturday, January 01, 2005

happy new year

So kita dah masuk tahun 2005- bye bye 2004

banyak jugak kenangan aku pada tahun lepas, yang paling penting Odah lahir pada April 11, Jan 11 nie cukuplah umur odah 9 bulan, makin buas anak dara aku sorang nie, tadi masa pergi kerja (ini yang boring kerja syif nie orang lain cuti kita kerja, nasib baik bayar overtime), odah melalak nak ikut, lagi satu sekarang ini merangkak sikit punya laju, susah nak kejar risau jee kalau dia pegang barang barang bahaya kat rumah tu.yang paling aku risaukan ialah set home teather aku terutama bahagian belakang plug tu, bini aku dah banyak kali bising suruh tukar cabinet TV yang tertutup tapi wangnya belum cukup, lagi satu akuarium aku, risau jee odah berpaut, aku tak kisahkan ikan aku walaupun harga dia beribu tapi anak kat mana nak cari beb.

then aku dah beli rumah, a shack kat taman bukit kuchai, aku tak nak rumah merpati nakkan rumah yang ada tanah walaupun sikit, so aku beli rumah second hand rumah murah yang dibina tahun 1980an-tapi aku tak puas hati rumah aku nie, dahlah rumah buruk,ingatkan ada duit lebih sikit nak rennovatelah, percayakan bapak sedara bini aku, tapi dia buat macam aper jee, baik tak payah rennovate, janji termasuk awning tapi tak buat, tak cukup budget katanya. dahlah semalam paip kat toilet pecah, dia rennovate rumah aku gunakan barang barang murah- tau nak untung jeee.


Michael, ikan kelisa kesayangan aku mati dalam bulan july, tetiba jee bangun pagi pergi kerja tengok dia timbul, bini aku cakap sebab aku makan durian tak basuh tangan malam tu terus celup kat dalam air akuarium baiki filter, tapi aku rasa sebab filter tulah yang rosak ,supply O2 tak cukup sebab sebelum tu aku tengok michael berenang kat permukaan air gasping for air.
Anyway, aku dah ganti dengan ikan kelisa yang baru, nama dia So'od Leman, ikan nie pada aku cantiklah, kecil kecil lagi dah terserlah warna keemasan dia.

Aktiviti scuba diving, oklah, dari zaman aku ambil lesen lagi aku dah plan takkan pergi kerap, sekurang kurangnya setahun sekali, last sept aku pergi perhentian sekali lagi-Kembara Dive Center, tapi shimi dah tak ada, divemaster yang ada shukri dan adenan, oklah sesapa pun tak kisah janji aku dive, buoyancy dah agak ok, cuma yang aku agak benggang yalah aku punya fin-Tusa Cetus, bukan apa strap dia asyik nak tertanggal jee, first dive kat panglima abu, aku kena abandon dive sebab fin aku tercabut, nasib baik joe-si boatman tu jumpa (actually kalau fin tak cabut pun aku rasa aku dive tak lama, memember yang lain pun turun kejap sangat) current terlalu kuat. dive yang lain oklah kecuali asyik kena tarik fin strap aku yang asyik longgar, yang paling aku enjoy kat D'lagoon, aku suka shallow dive, boleh lama sikit. kat Thai wreck current kuat juga, one of the reason aku naik cepat, lion fish-mak aii banyaknya. Last dive aku nyaris tak kena serang dengan trigger fish- titan lagi, nasib baik perasan kalau tak rabak kepala.

Ada satu hari tu boring time kerja, pergi singgah cash converter jap, nah tu dia ada BC jenis tusa imprex, technical punya, harga oklah, lagipun susah nak cari BC saiz aku nie- apa lagi sambar walaupun tak ada plan nak beli, rabak lagi credit card- ishhh bila nak habiskan hutang niee, asyik buat hutang baru jeee. Lepas nie cadang nak beli fin baru, yang cetus tu dah jual dah, benggang punya pasal RM20 jee aku tolak. mungkin bulan depan kekedai auntie nak cari torchlight sekali.

Penutup tahun 2004 aku pergi cuti dengan famili aku pada 18 dec, memula cadang nak pergi pangkor tapi last last minit kansel sebab aku bukannya ada booking bilik, kalau tak ada naya kena patah balik ke puchong, lastly aku pergi ke PD, mak aii susahnya nak cari apartment, satu PD aku cari semuanya penuh, last last nasib baik kat tanjung tuan beach resort ada sorang india tu offer apartment dia, RM 200 apartment satu bilik, lantaklah janji aku ada tempat tidur depan laut malam tu. Odah sikit punya takut masa mula mula masuk swimming pool, last last dia yang tak nak naik. bini aku macam biasa maintain vogue.

Sekarang dah tahun 2005, actually aku rasa sedih sambut tahun baru nie. nak tau kenapa?
sebab bab ibadat tak ada beza dengan tahun tahun yang lepas, terlalulah kurangnya

Bab kesihatan aku sekarang selalu rasa sakit bahagian dada sebelah kiri- sakit jantung ker aku nie? itulah kuat merokok, makan pakai tibai jeee, exercise tak pernah, badan dah consider over obese. OKlah azam aku tahun nie nak kuruskan badan- bini aku pun dah selalu komplen aku selalu semput- aku tak nak jadikan dia janda- sapa tak sayang bini.

Rumah aku tu aku nak kumpul duit nak rennovatekan, sekarang nie aku segan kalau orang datang rumah aku- terutama bahagian depan tempat parking kereta tu, kalau hujan banjir- ini semua acik punya pasal lah terlampau kejar duit anak sedara sendiri nak tipu dahlah rennovate rumah orang guna barang murah.

bab diving pulak, aku nak upgrade lagi sea card (lesen) aku tahun nie, memula ingat nak ambil kat tioman bulam march nie, tapi fikirkan cuti kena ambil banyak (kat sana 5 hari) dan kosnya aku decide ambil kat perhentian april nanti.

lagi satu mintak mintak review kerja aku tahun nie baguslah,boleh upgrade, naik gaji banyak gaji aku kecik beb.

oklah jumpa dalam posting akan datang

0 Comments:

Post a Comment

<< Home