Sunday, January 23, 2005

Jam 3 pagi

Jam sekarang pukul 3 pagi dan aku sekarang ini ditempat kerja- minggu kerja malam untuk aku, kerja malam nie sebenarnya membosankan, tak ada benda nak buat except surfing the internet, masa breaktime which normally longer during night shift, aku akan melepak di bilik HR (hisap rokok),

Actually kalau kerja malam aku sibuk cuma setengah jam yang pertama dan terakhir dalam syif sebab kena baca report dan buat report.

Entah kenapa malam nie aku teringat time aku belajar kat Hot Cat ITM dulu. Aku start study Jan 1992 dan habis belajar end of 1994. Banyak juga kenangan aku kat sana.

People especially who doesn’t know me always look down on me- aku pun tak tau kenapa,mungkin sebab most of the student in Hot Cat nie jenis yang suka bergaya (almaklumlah school of hotel and catering)sedangkan aku nie dengan grunge aku, aku tak kisah kekelas dengan baju buruk aku,seluar koyak aku sedangkan the rest of the guys siap dengan kasut kilat,baju bergosok etc. Lagi satu sebab aku tak berduit dan tak pakai pakaian yang mahal mahal.

Aku nie jenis yang tak kisah orang nak kata apa katalah,janji hati aku happy.Lantak koranglah korang nak kata apa, aku dengan cara aku dengan blues aku.

Tu yang mungkin satu masaalah untuk aku sebab susah nak cari memember yang betul betul paham tentang aku especially kat school of hotel and tourism, OK let me tell you a bit about my school, most of the lelaki yang ada kat sana ialah yang mat mat smart- jenis skima whereas aku nie kan senantiasa grunge.


Anyway in terms of study- never had a problem over there even though aku nie bukannya study,not to brag but I do find that most of the subjects are easy.


Started my life over there in Kolej Anggerik, now its an all girls college, I guess the admin people are tired of cathing boys which keep on breaking the girls block so they decided to make it an all girls college. Aku sendiri pernah kena sound dengan roommate aku mana taknya, kedudukan blok lelaki dan perempuan punyalah dekat, ada sorang member pompuan aku nie jenis selamba jee datang luar bilik aku ketuk tingkap, simamat roommate aku nie bukaklah tingkap, tengok tengok awek datang mintak assignmet dia yang aku pinjam@tiru.


Life as a college student was quite interesting, hahahaha enjoy life while you still can dah tua tua nanti kalau buat perangai buruk rupa pulak, entah mana pergi memember aku semua, ingat lagi nyaris tak kantoi hisap weed kat dalam bilik.

Sekarang aku dah banyak berubah,yelah dah digelar bapak orang,kalau still the same tak taulah apa nak jadi.




Oklah aku chow dulu.

Saturday, January 08, 2005

aku tengah boring

Setelah 5 tahun kerja kilang dan kerja syif aku dah start rasa boring- kekadang tension gak (actually selalu) bila time orang bercuti aku kena kerja, time memalam orang lain semua tengah melepak aku kena kerja, hari nie ahad aku kena kerja gak-TENSIONNYA. lagi lagi hari nie ada kenduri rumah member, tak dapat datang lagi- bak kata orang aku nie macam katak bawah tempurung- dalam dunia aku sendiri jeee.

Kerja syif nie loaded memanglah loaded boleh claim overtime, just bayangkan masa aku bertunang- duit simpanan aku cuma RM35,tapi aku dalam masa 5 bulan jee boleh kumpul duit untuk kahwin-siap boleh buat grand lagi, honeymoon sampai kat 2 tempat, satu kat tepi laut dan satu kat tanah tinggi. Tapi ada masanya duit bukanlah segala galanya, just korang bayangkan sejak hari raya yang lepas aku cuma ada ambil cuti 2 hari ke PD hari tu lelainnya average 12 jam sehari aku kat tempat kerja, off day dan rest day pun aku kerja overtime.Aku takut nanti Odah tak kenal aku jeee.


Tapi ini adalah life yang aku pilih, dulu aku kerja office, boring nak bangun pagi, pakai baju digosok, tali leher, so aku rasa rimas kerja office nie nak try adventurelah konon, mulanya nak cuba kerja sebulan dua jee cuba environment baru- nah tu diaa dah 5 tahun aku kerja kilang/syif, nak cari kerja lain sekarang yang boleh offer aku kilang lain jee sebab pengalaman aku kerja kat sini, kalau kerja bahagian lain gaji yang ditawarkan adalah gaji untuk orang yang beginner- mana cukup beb.

Kekadang jumpa member member lama rasa segan jugak, yelah dia orang dah gempak gempak,aku nie still dengan grunge aku, itu kira nasib baik aku dah tak pakai subang.
Ada juga hati nak ambil MBA tapi faktor yang utamanya adalah masa- aku kerja syif macammana nak kekelas walaupun waktu malam, lagi satu faktor wang- walaupun ada lah sesen dua simpanan aku tapi aku nak simpang untuk baiki rumah aku dan juga untuk odah punya study bila dia besar nanti.

oklah takat nie aku melalut,jumpa lagi nanti.

p/s untuk pengetahuan korang hari nie hari ahad, orang kain semua tengah melepak aku masih kat tempat kerja since 5.45 pagi tadi.

Saturday, January 01, 2005

happy new year

So kita dah masuk tahun 2005- bye bye 2004

banyak jugak kenangan aku pada tahun lepas, yang paling penting Odah lahir pada April 11, Jan 11 nie cukuplah umur odah 9 bulan, makin buas anak dara aku sorang nie, tadi masa pergi kerja (ini yang boring kerja syif nie orang lain cuti kita kerja, nasib baik bayar overtime), odah melalak nak ikut, lagi satu sekarang ini merangkak sikit punya laju, susah nak kejar risau jee kalau dia pegang barang barang bahaya kat rumah tu.yang paling aku risaukan ialah set home teather aku terutama bahagian belakang plug tu, bini aku dah banyak kali bising suruh tukar cabinet TV yang tertutup tapi wangnya belum cukup, lagi satu akuarium aku, risau jee odah berpaut, aku tak kisahkan ikan aku walaupun harga dia beribu tapi anak kat mana nak cari beb.

then aku dah beli rumah, a shack kat taman bukit kuchai, aku tak nak rumah merpati nakkan rumah yang ada tanah walaupun sikit, so aku beli rumah second hand rumah murah yang dibina tahun 1980an-tapi aku tak puas hati rumah aku nie, dahlah rumah buruk,ingatkan ada duit lebih sikit nak rennovatelah, percayakan bapak sedara bini aku, tapi dia buat macam aper jee, baik tak payah rennovate, janji termasuk awning tapi tak buat, tak cukup budget katanya. dahlah semalam paip kat toilet pecah, dia rennovate rumah aku gunakan barang barang murah- tau nak untung jeee.


Michael, ikan kelisa kesayangan aku mati dalam bulan july, tetiba jee bangun pagi pergi kerja tengok dia timbul, bini aku cakap sebab aku makan durian tak basuh tangan malam tu terus celup kat dalam air akuarium baiki filter, tapi aku rasa sebab filter tulah yang rosak ,supply O2 tak cukup sebab sebelum tu aku tengok michael berenang kat permukaan air gasping for air.
Anyway, aku dah ganti dengan ikan kelisa yang baru, nama dia So'od Leman, ikan nie pada aku cantiklah, kecil kecil lagi dah terserlah warna keemasan dia.

Aktiviti scuba diving, oklah, dari zaman aku ambil lesen lagi aku dah plan takkan pergi kerap, sekurang kurangnya setahun sekali, last sept aku pergi perhentian sekali lagi-Kembara Dive Center, tapi shimi dah tak ada, divemaster yang ada shukri dan adenan, oklah sesapa pun tak kisah janji aku dive, buoyancy dah agak ok, cuma yang aku agak benggang yalah aku punya fin-Tusa Cetus, bukan apa strap dia asyik nak tertanggal jee, first dive kat panglima abu, aku kena abandon dive sebab fin aku tercabut, nasib baik joe-si boatman tu jumpa (actually kalau fin tak cabut pun aku rasa aku dive tak lama, memember yang lain pun turun kejap sangat) current terlalu kuat. dive yang lain oklah kecuali asyik kena tarik fin strap aku yang asyik longgar, yang paling aku enjoy kat D'lagoon, aku suka shallow dive, boleh lama sikit. kat Thai wreck current kuat juga, one of the reason aku naik cepat, lion fish-mak aii banyaknya. Last dive aku nyaris tak kena serang dengan trigger fish- titan lagi, nasib baik perasan kalau tak rabak kepala.

Ada satu hari tu boring time kerja, pergi singgah cash converter jap, nah tu dia ada BC jenis tusa imprex, technical punya, harga oklah, lagipun susah nak cari BC saiz aku nie- apa lagi sambar walaupun tak ada plan nak beli, rabak lagi credit card- ishhh bila nak habiskan hutang niee, asyik buat hutang baru jeee. Lepas nie cadang nak beli fin baru, yang cetus tu dah jual dah, benggang punya pasal RM20 jee aku tolak. mungkin bulan depan kekedai auntie nak cari torchlight sekali.

Penutup tahun 2004 aku pergi cuti dengan famili aku pada 18 dec, memula cadang nak pergi pangkor tapi last last minit kansel sebab aku bukannya ada booking bilik, kalau tak ada naya kena patah balik ke puchong, lastly aku pergi ke PD, mak aii susahnya nak cari apartment, satu PD aku cari semuanya penuh, last last nasib baik kat tanjung tuan beach resort ada sorang india tu offer apartment dia, RM 200 apartment satu bilik, lantaklah janji aku ada tempat tidur depan laut malam tu. Odah sikit punya takut masa mula mula masuk swimming pool, last last dia yang tak nak naik. bini aku macam biasa maintain vogue.

Sekarang dah tahun 2005, actually aku rasa sedih sambut tahun baru nie. nak tau kenapa?
sebab bab ibadat tak ada beza dengan tahun tahun yang lepas, terlalulah kurangnya

Bab kesihatan aku sekarang selalu rasa sakit bahagian dada sebelah kiri- sakit jantung ker aku nie? itulah kuat merokok, makan pakai tibai jeee, exercise tak pernah, badan dah consider over obese. OKlah azam aku tahun nie nak kuruskan badan- bini aku pun dah selalu komplen aku selalu semput- aku tak nak jadikan dia janda- sapa tak sayang bini.

Rumah aku tu aku nak kumpul duit nak rennovatekan, sekarang nie aku segan kalau orang datang rumah aku- terutama bahagian depan tempat parking kereta tu, kalau hujan banjir- ini semua acik punya pasal lah terlampau kejar duit anak sedara sendiri nak tipu dahlah rennovate rumah orang guna barang murah.

bab diving pulak, aku nak upgrade lagi sea card (lesen) aku tahun nie, memula ingat nak ambil kat tioman bulam march nie, tapi fikirkan cuti kena ambil banyak (kat sana 5 hari) dan kosnya aku decide ambil kat perhentian april nanti.

lagi satu mintak mintak review kerja aku tahun nie baguslah,boleh upgrade, naik gaji banyak gaji aku kecik beb.

oklah jumpa dalam posting akan datang

Ahlan Wasahlan

So I guess this will the first posting for this blogspot.

Tak banyak yang nak aku cakap dalam posting aku yang pertama nie-

Lahir lebih kurang 32 tahun yang lepas (May 19,1973 to be exact), dah berumahtangga dengan seorang anak perempuan (Odah).

Sejak 5 tahun aku kerja kat satu semiconductor company kat Sungei Way.


Minat untuk memasak dan juga makan (hahahaha), aku juga minat kelaut dan kawasan air terjun.

oh ya lupa nak cakap, blogspot nie kekadang dalam bahasa melayu dan kekadang dalam bahasa inggeris,kekadang rojak- ikut mood aku masa tu.

so aku harap korang kalau bacalah blogspot aku nie enjoy.