Saturday, February 26, 2005

Wan Badrul Hisham bin Wan Othman (1973-2005)

Semalam dalam jam 11.15 malam tetiba aku punya handphone berbunyi- shit sure ada staff aku yang mintak emergency leave punya, sebab kebiasaannya dia orang akan selamba jeee hantar message nak cuti kat aku-bila soal, credit tinggal sikit, yang aku peliknya time bergayut dengan pak we ada pulak credit,lantaklah HR yang lembut sangat- as long as the person contacted you in whatever means, you cannot take action on her- hahahaha, kalau company bapak aku dah lama aku buang orang orang yang macam nie, nasib baiklah bapak aku tak ada company, kalau tak lingkup aku kerjakan.

Tapi bila aku baca SMS yang dihantar, mengucap panjang aku sebab bertulis "ini nak bagi tahu Bad dah meninggal-innnalillahhiwainnalillaihirojiun.

Well biar aku terangkan tentang bad nie,antara kawan aku yang paling loaded tapi paling grunge, dia selamba jee akan pakai apa dia nak tak pedulikan apa orang lain kata,berat way above 100KG, sayangnya dia nie hidap asma yang maha teruk- masa tinggal dengan aku pun dah dua kali jumpa dia pengsan dalam bilik air- dah banyak kali aku nasihatkan dia supaya jaga badan dan pantang makan tapi perangai dia 2x5 jugak dengan aku -degil tahap yang amat kronik sangat.

Memula aku kenal bad nie tahun 1997, masa tu kat rumah bujang aku di Jalan Ferum, si bulat sound ada member dia nak tinggal sekali dengan kita orang, dia nie baru balik dari salford uk dan akan kerja kat proton, aku kata oklah janji jangan tangan panjang cukup,kalau kaki perempuan jangan bawak balik rumah takut nanti awek tu terpikat pulak kat aku, kalau kaki ponggong cakap awak awal aku nak tempah cawat besi,kalau kaki grass/weed jangan lupa pelawa aku- itu jee syaratnya, tapi bulat cakap mamat nie budak baik.

first impression aku tengok bad- mak aii badan berbulu tapi kepala botak, pakai cermin mata tahun 70an- ingatkan aku pada "the animal" ahli gusti masa aku kekecik dulu, laa nerd rupanya mamat nie, anyway oklah.knowing him is a very nice and unforgetful experience- banyak juga masa aku spend dengan dia, pergi taman negara, tengok konsert dari sehaprak haprak kat fun fair dan segrand grand kat dewan philharmonik, masa aku mengganggur dulu banyak jasa mamat nie kat aku.

Then kita orang pindah ke jalan paladium, dan masa nie bad dah kerja kat shell, tapi 3 bulan dia duduk malaysia 3 bulan kat melbourne,walaupun kita orang tak suruh dia bayar sewa masa dia tak ada tapi dia still bayar jugak, banyak t shirt dia kasi yang aku masih pakai lagi.

Straight selepas terima message tu aku terus call cuping (ex-housemate aku yang hantar message tu) tanya bad meninggal kat mana kar rumah dia ataupun kat terengganu dia cakap yang si aruah nie ninggal kat rumah dia kat taman putra mahkota, dan kalau nak pergi tengok dia akan tunggu aku kat tol sungai besi.maka pergilah aku melawat kawan aku nie buat kali terakhirnya.

So sampai disana, jenazah dah tak ada disana sebab kena hantar hospital kajang but manage to see few person yang ada depan rumah dia which is his neighbour- ceritanya bad nie tak datang kerja hari tu and banyak orang call dia tapi tak berjawab so upon curiosity ada sorang member dia nie pecahkan rumah dia lepas isyak dan jumpa dah meninggal dalam bilik mandi, expect dah meninggal sejak pagi tadi. Apa yang amat aku bimbangkan dahpun terjadi, aku amat risau kalau member aku nie tinggal sorang sorang sebab dia boleh kena attack asma bila bila masa jee, macammanapun dah ajal dia macam nie.

Later we went to hospital kajang-pergi rumah mayat,entah orang kata seram ada kat rumah mayat aku biasa jee, jumpa bad punya abang and dia cakap jenazah kena simpan kat situ malam tu sebab esok mungkin kena post mortem, dalam hati aku harap supaya tak payah buat post mortem siksa mayat jee, dah tau mamat nie ada history of severe astma buat apa nak post mortem lagi, tapi mungkin untuk insuran kut (dalam pada tu jahat juga aku pikirkan apa yang ditinggalkan oleh dia- life insurance ada 3-mungkin dia dah tahu dia mati awal kut- salah aku jugak sebab masa tu lebih kurang 3 tahun lepas ada sepupu dia tak silap aku dia masuk ICU sebab asma jugak, aku sound kat dia- "bad aku rasa ko nie mati cepatlah sebab famili ko semuanya asma taraf maut punya", terus dia beli satu lagi life insurance melengkapkan 3 life insurance dia, lepas tu dia tinggalkan rumah yang masih baru dan cantik, akun pun tak tahu berapa market value dia.

Sumpah kalau aku tahu dia meninggal semalam aku takkan cakap ayat macam tu kat dia.

Actually masa aku sampai tu jenazah masih lagi dalam lori polis, so abang polisi tu mintak kita orang tolong angkat sebab badan si aruah nie memang besar- so angkatlah kita orang beramai ramai, aku pegang bahagian kepala- rasa sejuk mayat nie semacamlah,entah tak rasa seram tapi rasa sedih tahap yang maha pilu, yelah member dulu selalu kena kutuk dan mengutuk kita, rapar giler tetiba mayat dia kat tangan kita, masa nak tolak mayat tu kedalam bilik macam peti sejuk tu lagilah sedih, yelah ini adalah kali terakhir aku akan melihat kawan aku nie.

suasana kat bilik mayat tu mengingatkan aku pada 10 tahun lepas yang mana depan bilik mayat tu aku sesorang dengan jenazah aruah abah aku tunggu kereta jenazah datang jam 10 malam.

Apapun life must go on for me, cuma risau juga, dia punya giliran dah sampai aku punya giliran bila lagi, kalau nak ikutkan lifestyle aku dengan bad sama jee, tak pernah pantang dalam apa apa, walaupun badan sakit, tibai jee apa yang nak, janji hati puas.

So dalam masa 6 bulan nie jee 2 orang member baik aku meninggal dunia, sebelum nie, member aku dari kecik dulu- nan ninggal mengejut, doktor cakap dia punya jantung collapse sebab hisap rokok banyak sangat, kena sebijik dengan aku- entah bila nak berenti merokok, dapat kurangkan pun jadilah ini tak makin banyak aku tengok.

oklah
moga jumpa lagi