Jurnal Perhentian 2 apr-5 apr 2005
artikel nie aku ambil dari member aku punya yang dia hantar kemajalah tempat dia kerja, ada juga bahagian yang aku edit ceritakan tentang diri aku (italic) itu sebab ada bahasa yang pelik sikit.
1 Apr 2005 Jam 9 Malam
Seperti yang dijanjikan bas Mutiara Express tiba tepat di hadapan pintu masuk Freescale,
Bas bertolak jam 9.30 malam melalui laluan Kuala Lipis – Gua Musang. Sepanjang perjalanan hati masing masing berdoa agar laut tenang sepanjang trip di sana dan tidak berlaku sebarang bencana seperti Tsunami disamping telinga menahan celoteh Bob yang menganggu orang lain sedang tidur.si bob nie tak boleh tidur so sorang demi sorang dikacaunya dahlah suara macam guruh
2 Apr 2005
Tiba di Jetty Besut sebelum Azan subuh, sembahyang berjemaah di surau dan sarapan pagi selepasnya sebelum boat bertolak menuju ke Pulau Perhentian pada jam 8.30 pagi.
Tiba di Suria Perhentian Resort Pulau Perhentian Kecil jam 10.00 pagi, lantas mengemaskan barang ditempat tinggal, meyalin pakaian dan turun menikmati suasana pantai manakala mereka yang akan turun selam scuba pada petangnya mula mengeluarkan peralatan masing masing untuk dibawa ke “dive center”- Jedd Divers.
Pada petangnya mula bertolak menaiki bot menuju ke tempat selaman yang pertama- Romantik Beach- kami memilih tempat ini sebagai diving spot yang pertama untuk orientation dive kami untuk menguji “weight” dan “buoyancy” yang sesuai kerana ada diantara kami yang sudah lama tidak turun menyelam.nasib baik ada oriantation dive sebab Cowboy dan Saban tak boleh nak decend, weight tak cukup, agak lama juga kita orang kneel down dalam air tunggu dia orang turun, aku nie yang jenis tak suka duduk diam apa lagi helicopterlah dalam air keliling orang yang kneel down.
Dengan kedalaman 10 meter, Romantic Beach adalah tempat yang sesuai untuk “Orientation Dive kami” dimana kami turun selama 60 minit. Visiblility adalah sederhana dan kadang kala kurang baik disebabkan oleh hujan yang turun pada semalamnya. kat tempat nie kita orang tak sedarpun masa kita orang naik keatas, sedar sedar belakang dah panas walaupun perut masih cecah coral.
Pada masa yang sama “Open water students” mengadakan practical class mereka yang pertama di laut.
Sambil menikmati makan malam, kami berkumpul dan berbincang mengenai selaman kami pada petangnya dan pengalaman masing masing dan apa yang kami jumpai di dalam laut.-actually adalah lebik kepada sessi mengutuk
Malamnya masing masing lena tidur bertemankan muzik dengkuran akibat terlalu letih perjalanan jauh dan aktiviti pada siang harinya.
3 Apr 2005
Destinasi selaman pada pagi ini agak dalam sedikit iaitu Panglima Abu, tempat ini terkenal dengan batu batu karang yang besar dan ikan napoleon wrasse, dengan kedalaman purata 12 meter dan maksima sedalam 18 meter, penglihatan adalah lebih baik dari romantic beach semalam tetapi arus agak kuat dipertengahan selaman menyebabkan “novice diver” terpaksa berpaut pada batu batu untuk mengelakkan hanyut.
Pada petangnya untuk selaman yang ketiga, kami bertolak menuju ke Sea Bell iaitu tempat selaman yang paling hampir pada resort tempat kami menginap. Sea Bell sebenarnya adalah tempat cetek di tengah laluan bot. Jadi di situ dibina rumah api sebagai panduan kepad bot-bot nelayan dan pelancung Dengan kedalaman purata 15 meter terdapat banyak hidupan laut disini seperti pipefish, moray eel, filament devilfish, scorpion fish, stonefish, razorfish, flounder, flathead, nudibranch, barracuda, blue spotted stingray dan bamboo shark. Tempat ini juga dipenuhi oleh hard corals.
Pada waktu malamnya sementara para open water student sibuk dikelas jadual selaman mereka, kami telah pergi ke Long Beach untuk melihat suasana sebelah atas pulau.
4 Apr 2005
Niat kami untuk membuat dawn dive terbantut oleh hujan yang lebat, begitu juga pada tengah hari dan petangnya, akibat hujan lebat pada paginya laut bergelora hingga membahayakan aktiviti selam scuba, aktiviti ini diganti dengan menaiki bot keliling pulau untuk snorkeling, malangnya semua tempat yang menarik, lautnya terlalu bergelora menyebabkan kami pergi ke tempat yang kurang popular seperti Teluk Kekek.
Malamnya kami meraikan student yang telah melepasi ujian “open water mereka”
5 Apr 2005.
Hari terakhir kami dipulau, mengikut jadual kami tiada sebarang aktiviti selam scuba pada hari ini, tapi demi membalas dendam kerana tak turun semalam, seawal 6.30 pagi kami telah bersiap menuju ke tempat selaman, disebabkan tengahhari ini kami akan bertolak balik,aku decide tak nak pakai wet suit sebab wet suit basah amatlah beratnya, turun dengan tight dan t shirt jee- ini tidak digalakkan kerana takut terdapat termocline dan beberapa hidupan laut yang berbahaya seperti lion fish, sea urchin dsb- seorang penyelam haruslah mempunyai “buoyancy” yang baik jika tidak mahu memakai wet suit.
Destinasi selaman kami yang terakhir sepatutnya adalah terumbu tiga, ianya boleh dikatakan tempat selaman yang tercantik di Pulau Perhentian dengan soft coralnya tetapi malang lagi bagi kami, laut terlalu bergelora menyebabkan kami berpatah balik menuju ke Batu Layar.
Disini kami terpaksa menyelam rendah disebabkan jarak penglihatan yang agak tidak bagus, walaubagaimanapun secara amnya sepanjang 4 selaman yang telah kami buat, disinilah paling banyak hidupan laut dan karang karang yang kami temui, terubat juga kekecewaan kami tidak turun di Terumbu Tiga. Diantara yang kami jumpa jerung black tip, blue spotted rays dan juga berbagai karangan laut.
Jarak penglihatan yang kurang baik menyebabkan kami terpisah dengan divemaster diakhir selaman.
Kami bertolak menuju ke tanah besar jam 12.30 tengah hari menaiki bum boat dan bas sudah sedia menunggu kami di Jetty Besut.
Perjalanan pulang kami didalam bas sekali lagi diiringi bunyi dengkuran yang kadang kala melebihi bunyi enjin bas.
Disini kami ingin mengambil kesempatan merayu rakan sekalian agar memelihara alam sekitar agar generasi seterusnya dapat menikmati apa yang kami rasai. Setiap kali kami pergi ke pulau pulau di Malaysia pasti kami dapati keadaannya semakin terjejas berbanding trip sebelumnya, Semakin kurang hidupan laut dan batu karang semakin banyak yang rosak, cuaca semakin tidak menentu juga semakin merunsingkan kami, sepatutnya April adalah masa dimana laut tenang tetapi ianya bergelora semasa trip kami kali ini.

